20 Disember 2016 - 08:53
Trump Berjaya Raih Undi Majoriti Daripada Badan Perwakilan

Donald Trump berjaya meraih 304 undi daripada Badan Perwakilan untuk diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Donald Trump berjaya meraih 304 undi daripada Badan Perwakilan untuk diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Setelah pengiraan undi dibuat, Badan Perwakilan secara rasmi mengumumkan jutawan dari New York itu sebagai presiden ke-45 negara tersebut.

Pengundian itu memberikan jalan kepada bintang rancangan televisyen realiti dan jutawan hartanah tersebut untuk menggantikan Barack Obama pada 20 Januari tahun 2017. Beliau sebelumnya menewaskan calon Demokrat, Hillary Clinton di dalam pilihan raya 8 November lepas.